KENAPA ANDA PERLU KAD INI

KENAPA ANDA PERLU KAD INI
Klik untuk mengetahuinya

Thursday, August 20, 2009

Jutawan Ramadhan

Assalamualaikum.....Selamat Menyambut Ramadhan...Semoga Ramadhan Tahun ini lebih Hebat daripada yang lepas lepas.........Amin.
Bersama Hayati Tulisan ini......

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......

Monday, August 3, 2009

DOA SI PENJUAL TEMPE


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Tuhan !

Moral Cerita:
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah.

4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Sumber Al-Banjari

Friday, July 24, 2009

BERSANGKA BAIK


BERSANGKA BAIK LAWAN BERSANGKA BURUK

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela hantu raya

OLEH ITU...... MARI KITA BERSANGKA BAIK

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Idhamlim 24Jul09/2Syabaan1430

Wednesday, July 15, 2009

BERIKHTIAR MENGATASI MUSIBAH



Menjadi hakikat kehidupan dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada sebarang bentuk kemungkinan terutamanya yang berbentuk musibah dan malapetaka.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah: 155)

Musibah boleh menimpa kita tanpa mengira darjat, pangkat, umur, bangsa dan warna kulit. Ia akan mendatangkan mudarat dan penderitaan kepada kita dan akhirnya kita akan menanggung pelbagai beban dan kesulitan.

Malah yang lebih malangnya, kaum keluarga kita sendiri seperti anak dan isteri kita akan turut sama menanggung penderitaan.

Seiring dengan kemajuan teknologi yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita semakin terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan memusnahkan harta benda. Ertinya semakin maju sesebuah negara maka semakin tinggi peratusannya untuk terdedah kepada bahaya.

Pepatah Melayu ada menyebut, "malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi". Kemalangan dan tragedi yang berlaku ini bukan sahaja mengakibatkan penderitaan dan kesusahan kepada kita sebagai mangsa tetapi turut ditanggung oleh ahli keluarga kita.

Apatah lagi seandainya kemalangan dan tragedi tersebut meragut nyawa kita sebagai ketua keluarga maka ini bermakna anak-anak dan isteri kita akan mengalami penderitaan, akibat hilang punca pendapatan mereka selama ini.

Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila kita tiada sebarang persiapan atau perancangan.

Kita sebagai umat Islam yang beriman dengan ketentuan qada dan qadar Allah semestinya meyakini bahawa segala bentuk musibah yang menimpa itu adalah ujian dari Allah SWT jua. Kita pula sebagai hamba-Nya yang taat hendaklah sentiasa bersedia menghadapinya dengan penuh keimanan dan kesabaran.

Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berikhtiar dan berusaha sedaya upaya mengelak dan menjauhkan diri daripada kemungkinan berlakunya musibah, malapetaka atau bencana yang boleh mengancam nyawa dan juga keselamatan harta benda.

Malah Islam melarang kita daripada sengaja mendedahkan diri kepada mudarat dan kebinasaan sebagaimana firman Allah yang maksud-Nya: Belanjakanlah hartamu pada jalan Allah dan janganlah kamu sengaja mendedahkan dirimu kepada kebinasaan. Dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Baqarah: 195)

Islam menyuruh kita supaya merancang dan mencari jalan bagaimana hendak mengatasi musibah atau sekurang-kurangnya bagaimana hendak meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh kita atau oleh ahli keluarga kita jika sesuatu musibah menimpa.

Pernah satu ketika seorang Arab Badwi bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW apakah beliau perlu menambat untanya sebelum masuk ke masjid untuk bersembahyang ataupun hanya membiarkan begitu sahaja untanya tanpa perlu menambatnya terlebih dahulu.

Maka Baginda SAW bersabda kepada orang Arab Badwi itu dengan sebuah hadis sahih yang maksudnya: "Tambatlah unta kamu terlebih dahulu dan kemudian barulah bertawakal kepada Allah". (riwayat Tarmizi)

Musibah jangan dicari

Daripada hadis tersebut, Baginda SAW mendidik kita supaya musibah jangan dicari. Malah Baginda menyuruh kita mencari jalan bagaimana hendak mengatasi musibah sebelum ia menimpa.

Kesan daripada kemalangan yang menyebabkan maut atau kecederaan parah akan membuatkan penderitaan yang ditanggung oleh mangsa dan keluarganya menjadi lebih berat. Sesungguhnya kematian tidak dapat digantikan dengan wang ringgit tetapi kecederaan tubuh badan pasti memerlukan rawatan.

Dalam hal ini, bekalan wang secukupnya adalah sangat mustahak. Sekurang-kurangnya derita yang ditanggung menjadi lebih ringan. Pada masa yang sama, penderitaan kita akan bertambah jika musibah yang menimpa membawa kepada kemusnahan tempat tinggal dan kehilangan harta benda milik kita. Yang hilang perlu diganti. Yang musnah harus pula dibaiki..

Persoalan yang timbul ialah dari manakah manfaat wang atau kemudahan seumpama ini akan dapat kita perolehi bagi membantu ahli keluarga kita yang hilang tempat pergantungan? Dan dari sumber manakah untuk memperoleh manfaat kewangan bagi mengganti atau membaik pulih harta benda yang musnah atau yang hilang itu?

Jika ditakdirkan kita sebagai ketua keluarga meninggal dunia, siapakah di kalangan ahli keluarga kita yang akan menjelaskan tanggungan hutang kita sekiranya kita mempunyai hutang yang masih belum dijelaskan?

Hakikat kemungkinan berlakunya musibah atau bencana ini, sepatutnya menjadikan kita lebih bersedia menghadapinya dari awal lagi.

Antara persediaan yang terbaik ialah kita hendaklah mempunyai sejumlah wang yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk jika ditakdirkan menimpa kita.

Dengan bekalan wang ini, bebanan ahli keluarga kita akan menjadi lebih ringan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka selepas kematian kita yang menjadi tempat pergantungan mereka.

Bekalan wang ini juga boleh digunakan untuk membeli harta benda yang baru menggantikan harta benda yang sudah musnah. Di samping itu biarlah kita berazam untuk mempunyai sejumlah wang yang boleh digunakan semasa melalui hari-hari persaraan atau hari-hari tua kita kelak.

Antara jalan ikhtiar yang boleh dirancang dan diusahakan oleh kita bagi mencapai matlamat tersebut ialah dengan cara mendapatkan perlindungan (protection) menerusi sistem takaful atau insurans secara Islam.

Hari ini pelbagai institusi kewangan Islam telah ditubuhkan di negara kita untuk tujuan-tujuan tersebut yang selaras dengan ajaran Islam seperti perbankan Islam dan takaful untuk keperluan perlindungan.

Dengan kewujudan pengendali takaful yang kini berjumlah sembilan pengendali ke semuanya mampu menawarkan pelbagai skim dan pelan yang boleh memberikan manfaat dan menawarkan perlindungan yang amat berfaedah kepada kita umat Islam.

Dengan cara ini kita akan memperoleh perlindungan dalam bentuk kewangan sebagai bekalan untuk menghadapi musibah dan bencana yang bila-bila masa sahaja berkemungkinan menimpa kita. Di samping itu, kita juga berpeluang bermuamalat dengan sistem kewangan Islam yang bebas daripada sebarang dosa riba.

Sumber Idhamlim Cina Islam

Tuesday, July 14, 2009

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

Sumber Idhamlim

Wednesday, June 10, 2009

Booth di Sri Pentas TV3 Bandar Utama Damansara


Assalamualaikum W.R.H.
Bertemu kembali, mulai semalam saya dan beberapa orang rakan Konsultan telah membuka kaunter promosi di Sri Pentas TV3 Bandar Utama Damansara.
Wahh..., seronok juga dapat jumpa selebriti TV yang selama tengok menerusi TV je.
Bermula semalam hingga esok kita orang berkampung di sana.
Tunggu saja update yang terbaru.kat atas tu baru satu gambar sempat ambik ha ha ha.
Ada gaya macam personaliti TV ke???

Monday, June 8, 2009

Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?


“Sungguh banyak produk takaful di pasaran!”
Ada pelbagai produk takaful di pasaran; Takaful Simpanan (Saving Takaful), Takaful Pendidikan (Education Takaful), Takaful Kesihatan (Medic Takaful), Takaful Penykit Kritikal (Critical Illness Takaful), Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Special Takaful), Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful), Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful), Takaful Kemalangan Peribadi (Personel Accident Takaful) dan sebagainya.
Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful beberapa akhir belakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.

“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”

Secara umunya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.
Ya, ada empat sahaja, iaitu;
1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life)
2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
4. Perlindungan Kemalangan Diri.(Personel Accident)

Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain seperti pendidikan, persaraan, invstment, penyakit khusus wanita dan sebagainya.

“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita tetapi memberi impak yang cukup besar sekiranya ia berlaku.

Kategori Pertama: Takaful Perlindungan Kematian dan Lumpuh
Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu; HIDUP dan SIHAT, dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sinilah perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.
Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami dan ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada. Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.

Kategori Kedua: Takaful Penyakit Kritikal
Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dilindungi seperti stroke, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.
Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan HANYA selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal, kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja sebagaimana biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.

Kategori Ketiga: Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.
Ia bukanlah perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.
Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.

Kategori Keempat: Takaful Rawatan Hospital dan Pembedadahan.
Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.
Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital. Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.
Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.

“Saya memiliki medical card dengan RM 500,00.00, bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”

Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu? Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?
Sudah tentu tidak! Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi.

“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”
“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”

“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”

sumber dari afyan

Monday, June 1, 2009

AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan


Artikel ini saya ambil dari blog sahabat seperjuagan untuk dikongsi bersama;

Dewasa ini penggunaan medical card semakin meluas dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak syarikat takaful turut menyediakan pelan perlindungan ini. Ia semakin mendapat sambutan khususnya untuk orang Melayu.
Beberapa hari berada di hospital menemani orang yang tersayang di hospital, menemukan saya kepada beberapa peristiwa dan pengalaman peribadi yang melibatkan penggunaan medical card.
Jadi di sini saya ingin kongsikannya bersama-sama dengan kawan-kawan dan para pembaca blog.Saya bahagikan kepada dua segmen; segmen A menceritakan beberapa pengalaman dan peristiwa tersebut. Dan segmen B adalah beberapa panduan dan tips.

SEGMEN A: Peristiwa dan pengalaman
Peristiwa 1:
Pada hari pertama kemasukan ke wad, isteri saya ditempatkan bersama seorang pesakit yang memiliki polisi medical card. Beliau baru beberapa bulan menyertai plan ini.
Sebelum ini, berkali-kali dipujuk oleh kakaknya untuk mengambil polisi tersebut tetapi enggan. Setelah beberapa kali dipujuk barulah dia menyertainya, sekalipun bergaji kecil dan masih bujang.
”Mujurlah saya mengambil polisi ini, jika tidak, tidak mungkin saya merasa untuk tinggal di hospital swasta” katanya.

Peristiwa 2:
Semasa ”bersiar-siar” di lobi hspital, saya terdengar perbualan hangat di antara seorang pesakit (saya tidak pasti, mungkin waris pesakit) dengan penjaga kaunter hospital.
”Puan, polisi puan sudah lapse (tidak berkuatkusa)” , kata pegawai hospital.
”Eh, tiap-tiap bulan saya bayar kepada ejen saya” kata perempuan tersebut.
”Tapi puan, saya sudah hubungi dengan pihak syarikat insurans Puan, mereka mengatakan polisi Puan sudah lapse”, pegawai tadi menerangkan dengan lebih terperinci.
”Nanti sebentar, saya hubungi ejen saya”, jawab perempuan tersebut dengan nada bergetar.

Peristiwa 3:
Pada hari keluar hospital, saya ke kaunter untuk membuat pengesahan bil. Semua bil ditanggung oleh medical card isteri saya, kecuali ”caj kerusi malas” yang dikenakan RM 9 untuk satu malam.
Sebelum membuat pengesahan, saya menyemak bil-bil hospital satu persatau. Saya menbelek helaian demi helaian bil-bil tersebut. Ia dilihat aneh dan janggal oleh pegawai hospital.
”Apa yang encik tengok?”, tanya pegawai hospital berkenaan, setelah kira-kira 5 minit menunggu saya untuk menandatangani surat pengesahan bil.
”Saya sedang semak bil-bil ini”, kata saya.
”Err…”, pegawai tersebut semacam hairan. Mungkin tidak pernah melihat orang membelik bil hospital sebegitu lama.
Saya menyemak bil hospital tersebut helaian demi helaian. Ternyata apa yang saya syaki berlaku.
”Encik, kenapa di dalam bil ini tercatat lawatan doktor tercatat dua kali lawatan doktor, walhal hanya sekali sehari?”, tanya saya tidak puas hati.
”Sebentar, nanti saya semak”, kata pegawai tersebut. Kemudian dia memanggil pegawai yang lain.
Saya ulangai persoalan yang sama daripada pegawai tersebut. Akhirnya, mereka meminta untuk bertemu sendiri dengan doktor yang bertanggungjawab. Dan saya lakukannya untuk pengesahan.
Jawab doktor tersebut, ”ia adalah prosedur biasa apabila melibatkan insurans, dan terkandung di dalam akta”.
Saya tidak puas hati. Saya sedang mencari jawapan persoalan ini.

Peristiwa 4:
Selepas keluar daripada hospital, saya melayari laman sesawang (tak tau laman sesawang? Laman weblah. Tiru stail BERNAMA) hospital berkenaan untuk melihat senarai harga perkhidmatan hospital tersebut.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati bil yang dicaj adalah berbeza dengan yang tercatat di laman web hospital tersebut. Jumlah yang dibilkan hampir satu kali ganda berbanding dengan yang tercatat. Di hujung senarai harga tercatat pula dengan tulisan kecil ”harga di atas adalah tertakluk kepada perubahan. Kemaskini terakhir pada Februari 2009”
Saya tidak puas hati.

SEGMEN B: Tip dan panduan
Di sini saya perturunkan beberapa tip dan panduan yang berguna berdasarkan pengelaman tadi serta pengalaman beberapa tahun menjadi wakil takaful;
1. ”Bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil Medical Card”Selaku wakil takaful, mugkin saya agak bias tentang persoalan ini. Pepatah Cina ada menyebut “masa terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu. Masa kedua terbaik adalah sekarang!”
Sebagaiman kisah peristiwa no. 1, kita tidak tahu bilakah musibah akan datang kepada kita. Jadi, sekaranglah waktunya utnuk membuat keputusan sebelum ia tiba.

2. Pastikan polisi anda sentiasa berkuatkuasa.
Tidak guna anda memiliki medical card sekiranya ia lapse pada saat-saat anda memerlukannya, sebagaimana yang terjadi di dapal peristiwa di atas.
Selalunya masalah berlaku lapse apabila caruman tidak dibuat pada waktu yang ditetapkan. Sebaiknya, eloklah pembayaran dibuat secara terus kepada syarikat seperti potongan autodebit, arahan tetap, atau potongan gaji. Sebaiknya elakkan membayar melalui ejen kerana ada kebarangkalian untuk wang tersebut tidak sempat dibayar ketika musibah datang secara tiba-tiba.
Yang terbaik, premium tersebut dibuat secara tahunan supaya kebarangkalian untuk lapse adalah kecil. Berbanding bayaran secara bulanan, maknanya anda perlu bayar selama 12 tahun sekali atau sebanyak 240 kali selama 20 tahun. Jika secara tahunan, hanya bayar sekali setahun dan 20 kali sahaja selama 20 tahun.
Cuma masalahnya, mungkin agak sukar untuk membuat pembayaran secara tahunan kerana bayarannya adak tinggi. Jika begitu, pilihlah medical card takaful yang memiliki premium tahunan yang paling rendah di pasaran! Saya ada caranya.

3. Elakkan caj rawatan yang tidak perlu.
Apabila mendapat rawatan, hospital akan menawarkan pelbagai jenis rawatan. Selaku pesakit, kita berhak untuk memilih dan tidak memilih rawatan yang dicadangkan. Tetapi jangan sampai tidak memilih untuk tidak dirawat lansung. Perkara ini boleh diperolehi apabila anda membuat sedikit homework tentang perkara ini.
Bagi kes saya di dalam peristiwa 3, saya dapati caj yang dikenakan adalah berbeza dengan rawatan yang diberikan. Saya tidak pasti sejauh mana dakwaan doktor tersebut apabila dia mengatakan ”ia adalah prosedur biasa apabila melibatkan insurans, dan terkandung di dalam akta”.
Saya masih belum sempat untuk mendapatkan kesahihan perkara. Andai berjaya, saya akan update di blog ini.
Dalam kes lain, sebagaimana yang diceritakan oleh seorang rakan, seorang pemilik polisi mendapat rawatan untuk kanser beberapa kali. Ini menyebabkan nilai perlindungan berkurangan dari masa ke masa. Apa yang malang ialah, selepas beberapa kali rawatan, beliau cuba mendapat rawatan daripada hospital yang lain. Alangkah terkejutnya apabila tiada lansung sel kanser sebagaiman yang didakwa oleh hospital yang pertama.

4. Elakkan juga caj yang tidak perlu.
Ketika memeriksa bil semasa keluar daripada hospital, saya telah dikenakan caj untuk ”penggunaan kerusi malas”. Caj yang dikenakan adalah RM 9 semalaman.
Bayangkan sekiranya anda menggunakan selama seminggu, maka bayarannya adalah RM 63.00. Jumlah yang sama boleh digunakan untuk membeli sebuah kerusi malas. Cuba banyakan pula sekiranya menggunaknnya selama 2 minggu, akan mencecah RM 100. Bayangkan pula sekiranya sebulan. Bayaran yang sama membolehkan anda memulakan bisnes menjual ”kerusi malas”
Sememangnya caj-caj bukan rawatan tidak diberikan perlindungan oleh medical carad, seperti akhbar, majalah, televisyen, radio, telefon dan sebagainya. Kita datang untuk mendapat rawatan, bukan untuk bersuka ria.

5. Jangan membuat tuntutan berlebihan atau ”over-claim”.
Ini adalah panduan tambahan daripada perkara 3 dan 4. Tidak seperti perlindungan kematian, lumpuh, kemalangan, atau penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar terus daripada syarikat takaful ke hospital.
Bagi tuntutan takaful untuk kematian, lumpuh, kemalangan, atau penyakit kritikal, jumlah wang pampasan akan diberikan kepada peserta. Jadi bagi pemilik medical card, tidak guna membuat tuntutan lebih kerana ia menguntungkan pihak lain.
Lagipun, over-claim akan menybabkan jumlah perlindungan kita akan berkurangan dari masa ke masa. Sepatutnya perlindungan ini digunakan sehingga mati terutama selepas usia mencecah 50 kerana risiko penyakit lebih tinggi pada waktu itu. Jika kita membuat tuntutan lebih pada usia muda, maka jumlah perlindungan apabila kita tua smakin sedikit. Walhal ketika tualah kita lebih memerlukan rawatan.
Seorang rakan senior di dalam industri takaful pernah memberi panduan tentang perkara ini. Nasihatnya, agar kita jangan menggunakan medical card dan membuat pembayaran tunai apabila dimasukkan ke hospital. Selepas keluar daripada hospital, barulah membuat tuntutan ”reimburstment” berdasarkan bil yang dikeluarkan. Dengan cara ini, kita seolah-olah tidak memiliki medical card, dan pihak hospital akan lebih ihsan kepada kita, dan lebih berhati-hati untuk mengenakan caj yang berlebihan.

6. ”Saya tidak perlu kerana saya sudah memiliki medical card daripada syarikat”
Soalnya, adakah kita akan bekerja sampai mati? Paling lama sehingga 55 tahun. Jadi bagaimana dengan rawatan hospital selepas usia 55 tahun?

7. ”Oh, jadi saya mengambilnya selepas umur 55 tahunlah! Bukankah ini lebih bijak berbanding saya mengambilnya sekarang?”
Baguslah sekiranya pada usia tersebut anda masih layak untuk memiliki medical card. Layak maksudnya, anda masih sihat, segar-bugar, tidak menghidap penyakit 3 serangkai; darah tinggi, sakit jantung, dan kencing manis. Jika begitu, memang bijak jika anda menunggu usia 55 tahun barulah anda mengambil takaful medical card.
8. ”Patutkah saya memiliki lebih daripada satu medical”

Seorang pakar kewangan peribadi pernah memberitahu saya, sekiranya pelanggan memiliki kemampuan yang lebih, jangan sekali-kali mengambil satu medical card dengan amaun perlindungan dan premium yang lebih.
Sekalipun saya ejen takaful, saya mendedahkan juga perkara ini walaupun ia diskredit kepada saya.
Jika anda memiliki kemampuan yang lebih, adalah lebih baik anda mengambil medical card daripada beberapa syarikat berbeza kerana kemungkinan kad A diterima oleh Hospital X dan kad B pula tidak. Begitu juga sebaliknya, kad B diterima di hospital Y tetapi tidak bagi kad A.
Maka, jika anda berkemampuan lebih, memiliki dua kad daripada dua syarikat takaful berbeza memberi keluasan kepada anda untuk memilih. Fakta ini memberi diskredit kepada ejen takaful seperti saya ?
Begitu juga untuk pekerja syarikat swasta yang sudah memiliki kad daripada majikan. Kad kedua boleh diambil sebagai persediaan selepas pencen sebgaimana yang saya nyatakan di dalam Tip 7 dan 8. Ini kerana, jika kita bercadang untuk mengambil medical card selepas pencen, risiko penolakan adalah besar kerana selaluya pada usia 55 seseorang sudah tidak sihat dan menghidap pelbagai penyakit.

Penutup
Apa yang penting sekurang-kurangnya anda memiliki satu medical card, tidak kira daripada majikan atau personal, yang penting ialah pengetahuan agar ia tidak disalah guna oleh diri kita mahupun pihak lain.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU


Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini, "SELAMAT HARI GURU".Serta semua kenalan,sanak-saudara serta para pelanggan saya yang bergelar Guru.
Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Thursday, May 14, 2009

BERAPA NILAI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA?


“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.
“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.
“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.
“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.
Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.
Kenapa 8 kali ganda?
Jumlah ini adalah berdasarkan hukum faraid di dalam Islam yang menetapkan bahawa harta-harta si mati akan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli waris. Apabila kematian suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan, maka si isteri hanya berhak 1/8 daripada jumlah harta tadi.
Maka perlindungan sebanyak 8 kali ganda tadi memungkinkan si isteri mendapat pampasan yang bersamaan dengan jumlah gaji suaminya setahun. Pampasan ini tidak dapat menggantikan kewujudan si suami, tetapi sekurang-kurangnya dapat memastikan isteri dan anak-anak si mati tidak perlu mengubah cara hidup mereka secara mendadak, berpindah ke rumah yang lebih kecil, menukar kereta buruk, mengubah menu masakan harian, mengurangkan wang belanja untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, dengan wang pampasan tersebut si isteri dapatlah berdikit-dikit mengubah cara hidup keluarga mereka secara beransur-ansur.
Formula “satu per lapan” ini adalah salah satu cara pengiraan jumlah perlindungan.
Ia berdasarkan firman Allah di dalam ayat 240, Surah al-Baqarah, yang bermaksud:
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Sebenarnya ayat al-Quran di atas telah dimansuhkan dengan hukum faraid, namun inti pati nasihat Allah kepada para suami untuk menyediakan nafkah setahun kepada isteri sebelum meninggal dunia.
Di sini sedikit sebanyak ilmu tentang faraid dapat diaplikasi dalam menyediakan jumlah perlindungan minimum apabila membuat keputusan mengambil polisi takaful.
Mungkin nilai RM 100,000.00 dilihat banyak sekiranya kita memilikinya secara total. Sekiranya jumlah ini adalah harta pusaka yang ditinggalkan oleh seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya, maka isterinya hanya berhak mendapat 1/8 sahaja daripada jumlah berkenaan. Jumlahnya hanya RM 12,500 sahaja. Jika ia digunakan untuk perbelanjaan sebanyak RM 2000.00 sebulan (sebenarnya ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kos sara hidup hari ini), hanya mampu menampung setengah tahun sahaja.
Faraid: Ilmu yang semakin dilupakan
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah r.a.; “Wahai Abu Hurairah! Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Wednesday, May 13, 2009

Kisah Kehidupan


Alhamdulillah, beberapa tugasan penting berjaya diselesaikan seperti yang direncanakan.
Petang tadi bertemu Ustaz Amin seorang sahabat serta rakan dan juga client dalam bisnes aku ni.Ustaz Amin baru sahaja balik menjelajah ke Jordan dan juga Israel.Tadi dia banyak berkongsi serta bercerita tentang pengalaman beliau selama 3 minggu disana.
Wah banyak sungguh cerita-cerita yang menarik dan banyak juga aku pelajari beberapa pengajaran serta panduan dari kisah penjelajahan Ustaz Amin ni.
Ikuti kisah beliau di http://www.ustazamin.com/.
Ni gambar dia di Israel bersama pokok Gharqad yang orang Yahudi tanam untuk bersembunyi dari Tentera Islam pada kedatangan Imam Mahdi.

Tuesday, May 12, 2009

JANGAN GUNA KAPAK UNTUK MEMOTONG SAYUR


“Takaful untuk perlindungan, bukan untuk simpanan”, kata saya,

“Eh ….”, berkerut-kerut dahinya, seolah-olah keliru.

“Betul, jangan jadikan takaful sebagai alat simpanan. Nanti diri sendiri yang susah”, jelas saya.

“Saya tidak faham maksud awak. Beberapa hari lepas ada ejen takaful yang bercerita kepada tentang takaful sebagai alat untuk simpanan”, balasnya pula.

“Betul”, sengaja saya jawab begitu.

“Eh, tadi awak kata bukan. Sekarang awak kata betul pula?”, dia semakin keliru.

Saya hanya tersenyum dan menyambung perbicaraan…

“Baiklah, awak pernah menggunakan pisau dan kapak?” tanya saya.

“Aduh, apa pula ni…..?”, dia ternyata semakin keliru apabila isu takaful sebagai simpanan dikaitkan dengan pisau dan kapak….

ANALOGI KAPAK DAN PISAU

Takaful merupakan salah satu peralatan kewangan di samping peralatan-peralatan perancangan kewangan yang lain seperti pelaburan, simpanan, persaraan, pusaka, hibah, dan sebagainya.

Setiap peralatan tadi mempunyai fungsi dan matlamat masing-masing. Fungsi utama takaful adalah sebagai persediaan bagi menghadapi musibah seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal dan sebagainya.

Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang. Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot. Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.

Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.

Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.

Saya selalu gunakan analogi kapak dan pisau apabila membandingkan takaful dengan simpanan, pelaburan, dan sebagainya.

“Apa yang kita gunakan untuk memotong sayur?”, tanya saya.

“Pisau pemotong sayurlah!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.

“Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.

“Mmm…gergaji …. atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.

“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.

Di mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.

“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.

Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.

Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.

Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.

Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.

Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.

Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.

Kedua: orang gila.

TAKAFUL: PERALATAN KEWANGAN YANG SELALU DISALAH FAHAM DAN DISALAH GUNA

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan, tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank.

Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM 100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM 1200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Ini tidak berlaku apabila kita “menyimpan” dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM 100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM 1200 selepas setahun menyertai skim ini.

Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.

Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM 1200 malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita!

Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain! Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.

Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk “menebang” pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai. Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.

Sebagaimana pisau tadi hanya mampu “menebang” pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi mencuba untuk “menebang” pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras..

Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya. Apalah sangat RM 100 – RM 200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM 100, 000 ke RM 200,000.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu-Ibu, sesungguhnya kasih Ibu membawa ke syurga.
Ya Allah Kau Rahmatilah Ibu Kami.Amin
Bersama amati klip ini.


Friday, May 8, 2009

BIG E Bukan Soal Gaji

Apakah yang membezakan BIG E dengan small E?
Pendapatan mereka kah yang membezakannya?
Tidak, BIG E (Entrepreneur = Usahawan) sebenarnya bukan soal perbandingan gaji dengan small e (Employee = makan Gaji).
Seorang guru lepasan KPLI yang ditugaskan untuk mengajar di pedalaman Sabah atau Sarawak, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM 2,500.00! Seorang kawan saya bercerita, di sana 50% duit gajinya menjadi simpanan kerana setiap hari ada sahaja orang-orang kampung menghantar makanan kepadanya setiap hari, tambahan pula sekolah berdekatan sahaja dengan rumah, dan tidak keluar ke mana-mana pada hujung minggu kerana berada di pedalaman.
Ramai graduan-graduan yang baru tamat belajar di universiti, terus dilamar oleh syarikat- syarikat gergasi seperti Shell dan Petronas dengan gaji permulaan RM 4,000.00! ditambahan dengan bonus tahunan sehingga 6 kali gaji asas, dan kenaikan gaji 10-15% setiap tahun!
Seorang pelanggan saya yang bekerja dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad) semenjak namanya LLM (Lembaga Letrik Malaysia), memberitahu saya dia akan menjadi jutawan ketika pencen nanti apabila memperolehi skim anuiti yang diberi oleh TNB. Katanya, melalui skim ini; jumlah wang anuiti yang diperolehinya adalah mengikut formula 4.5 x tahun bekerja x gaji asas. Pada umur 55 nanti, dia telah bekerja selama 25 tahun dengan gaji anggaran RM 10,000.00, wang yang diperolehinya adalah = 4.5 x 22 x 10000 = RM 1,125,000.00!
Siapa kata makan gaji tidak boleh jadi kaya?
Tetapi BIG E bukan soal gaji. Ia tentang kebebasan apa sahaja tindakan anda untuk menentukan apa kerja yang anda lakukan, di mana pejabat anda, berapa lama anda perlu bekerja, bila anda perlu masuk ke pejabat dan sebagainya.
Sekalipun guru lepasan KPLI mampu mendapat gaji RM 2500.00 dan menyimpan 50% gaji bulanannya, dia tidak mampu menentukan di mana dia perlu mengajar. Kementerian pelajaran yang menentukannya.
Benar, eksekutif-eksekutif Shell dan Petronas mendapat gaji pertama RM 6000, dan jaminan bonus sehingga 6 kali gaji asas dan 10-15% kenaikan gaji, namun mereka tidak boleh menetukan tugasan yang mereka lakukan kerana Shell dan petronas yang menentukannya.
Begitu juga dengan seorang eksekutif lama TNB yang mampu memperoleh RM 1 juta apabila pencen nanti, namun dia perlu bekerja setiap hari daripada usia 25 tahun hingga 55 tahun untuk menikmati faedah tersebut.
Itulah beza BIG E dan small E. Ia bukan soal berapa banyak duit yang dapat, tetapi berapa bebas diri anda!